sedih..penat..tapi seronok semalam..
kenapa??
al-kisah sedihnya ialah setelah pnat kami menunggu bas dan berjalan ke perpustakaan Kuala Lumpur..rupa-rupanya perpustakaan tutup semalam.sabtu pertama weh...tutuplah alamatnya!
Hahaha...Masing-masing berjalan selaju yang boleh.Kononnya,takut lambat, dah tutup sampai ke library nanti library dah tak boleh nak cari maklumat.Aduhai...kami macam peserta explorace yang salah check point semalam!!!
Apapun...kami enjoy semalam.A lot of fun! Bergambar sakan kami.Masing-masing jadi model.Kami pergi muzium yang baru dibuka.Belum dirasmi lagi weh..Muzium Tektile.Banyak ilmu yang diperoleh mengenai tekstile.Dari zaman pakai urat daun sehinggalah zaman kesultanan.Cantik...Alat perhiasan dan barang kemas juga turut dipamerkan.Unik dan cantik!
Kemudian kami pergi ke Central Market.Banyak barangan kraftangan dan cenderahati.
huhuhu..sakit kaki dah ni !Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Mydin.Macam0-macam yang dibeli.Aku memborong rantai tangan kristal.Kawan-kawan aku pulak memborong makanan.Stok masa hadapan!heheh...Kami sampai balik di UIA pada pukul 8.penattttttt....tapi seronok!Setelah selesai mandi ,sembahyang dan makan malam kami meneruskan latihan nyanyian;)
No comments:
Post a Comment