Assalamualaikum wbt.
(memberi salam ala2 Haji Haji Haji Mustafa Drama Qalesya)
selamat malam semua
(saya tengah taip entry ini pada waktu malam ye...pada waktu perdana)
hehhehe
Menari-narinya jari saya di keyboard ini adalah
sekadar nak bercerita a.k.a berkongsi pengalaman yang di lalui hari ni.
Harap2 anda sudi meLAYAN dan men-ZAaasSSSSS
pengacara yang paling panas hanya di melodi
Kenapalah orang kita ni percaya sangat kat ubat2 tok bomoh ni?
yelah..akma paham yang kita ni berkongsi dunia dengan MAKHLUK satu lagi tuh...
dan saya tak dapat nak nafikan sesetengah penyakit tuh..memang la hanya golongan bomoh2 ni ja yang dapat ubatkan..
tp , kalau dah ternyata seseorang tu menghidap penyakit yang memang dah disahkan doktor and terbukti memalui kajian saintifik.Alaaa..macam kita belajar biologi dulu..
kita sendri pon dapat pikir kan?
dan..takkanlah seseorang tu tak dapat nak memahami kesakitan badan sendiri sampai
terpedaya atau sanggup nak percaya yang mereka ni dah terkena penyakit khianat orang?
Aduhhh..bak kata pepatah Nabil..LU PIKIR LA SENDIRI !
kisah aku pulak hari ni?
ZzAsSs !
setibanya aku di stokis , aku pon mengambil barang2 yang dioder oleh customers ku yang comel2...
then , aku bermonolog sendirian "lamanya aku tak buat spa ikan.nak buatlah hari ni.Rindu belaian manja ikan2 comel tu.."
Kakiku terhenti dari melangkah tatkala sudah tiba di destinasi.
"Ramainya orang !kena Q pulak tuh.Malasnya.nak naik level atas dulu lah tengok2 barang."
2o minit kemudian ...
Suasana kedai spa ikan sunyi.Aku melangkah dengan senyuman lebar.Senyuman Ibu juga lebar.Ops..dia bukan ibuku...no..no..no..dia tauke itu kedai maaaa..
beliau sangat selesa dengan gelaran ibu.Aku pon sangat suka berbual-bual dengannya.Beliau sangat menenangkan jiwaku .
Ibu merenung lama ke arah ku.Aku kembali mengukir senyum.
"anak sihat?"
"Dah berpenyakit dah sekarang.Saya ada gastrik sekarang.Saya balik lewat UIA.Parents tak bagi balik sebab saya muntah tak henti2 dari petang sampai malam.Minum air pon muntah.Bila pergi klinik , rupanya gastrik."
"anak , ibu tau kamu tak sihat.tengok mata pon tau.kamu tu , ibu tengok kejap besar , kejap kecik.Entah2 sihir ni.Kamu ambik nama dia ni dan cakap ibu yang bagi ya..."
SETELAH SELESAI SAVE NOMBOR TELEFON BOMOH
"anak , sihir ni menakutkan.Esok2 nak kawen pon tak bahagia.Awak dah ada boyfriend kan?"
Aku sekadar mengangguk.Ya.Dari tadi aku sekadar mengangguk dan diam.Bukan tanda setuju seperti yang sering digembar-gembur oleh orang-orang tua kita dahulu , tetapi aku mengangguk hanya kerana biarlah mak cikni nak cakap apa.Aku dah ternag tadi kat dia , yang aku ni gastrik.Adoi...Nak cakap lebih , dikatakan melawan pulak nanti !
Macam aku katakan tadi.Tuan tubuh mestilah memahami tubuhnya sendiri kan?
For me , Akma memang yakin yang tubuh ni sedang menderita kerna GAstrik.
kenapa?
gastrik ni terjadi sebab waktu makan kita tak tetap.sesungguhnya badan kita ni berfungsi secara automatik.kalau dah biasa launch pukul 1 , jus gaster yang mengandung enzim pepsin dan enzim renin mesti lah tengah tunggu turn nak dirembeskan .Enzim2 ni dah tak sabar dah nak melakukan proses pencernaan makanan kita diperut.Tapi , malangya masa Akma kerja cashier temporary dulu , jadual waktu makan dah tak teratur.Kadang launch pukul 12 , kadang pukul 1 , kadang pukul 2 and kadang tu pukul 3..
So , bila dah tak teratur jus gaster nak rembes jugak2.sebab dah memang enzim2 buat kerja launch pukul1.Dengan rembesnya enzim2 yang bersifat asid tu , maka pedih la dinding perut akma sebab dihakis enzim yang bersifat asid itu.
Maka , GASTRIK!
Haaa..kan itu puncanya!Tak ada kaitan pon dengan omongan mak cik itu tadi!!!!!
TAMAT
habis sudah berMELODI , berkesusasteraan & berBIOLOGI
hope all of u enjoy this entry
apa pendapat anda?
sumber gambar pengacara hot : GOOGLE image
6 comments:
x yah percya bomoh2 ni...bhaya..
AFA : ya..ya..x yah pcya!
huhuuhu bomoh??? teringat cerita ngangkung..tah apa kaitan tah = ) uh...biologi? i likeeeeee..
gastrik la woi
bukan bomoh !
pawanayah : ngangkung...
hantu dia lawak..
hahhaa..
pari2 cinta: hehehe..stuju downk !
Post a Comment