Sunday, June 19, 2011

i miss my sewing memories, sewing days, sewing machine...




Tolong ! Tolong ! Tolong !
tolong aku...korang tolong aku dengan LIKE cini ek. . musica hearty aqma .
Rindunya...Aku rindu belaian mesin jahit kat rumah. Gian nak menjahit nih!!! Disebabkan aku ni gian nak menjahit,aku pon start melukis pola/dasar products yang aku bakal jahit nanti.Ceeeewaaaahhh.Product tuh! Haa..nanti siap aja satu aku masuk blog ek. Masa tu, kalau korang berkenan dengan handmade aku, bolehlah order. (^___^)

Buat masa sekarang nih, aku slalu window2 shoping tengok barang2 mejahit. Haaa..semalam dah beli satu barang.Memang dah lama aku cari, semalam ja baru jumpa, so apa lagi?bagi ja la duit RM4.90 kat cashier tu sbb nak barang tuh(^___^).

Sebenarnya,aku memang suka menjahit. Aku belajar menjahit sejak aku form 1.Alah...kan a
da ajar kat sekolah dulu2 tu.Hmm..kemahiran hidup(^___^)Pilihan berapa ye yang ada menjahit tu?aku tak ingat la.Haa..sejak tu aku mula main jahit2 sorang2. Sejak tu, menjahit la hobi baru aku. Aku start menggila menjahit bila aku dah form 3.Makin lama aku belajar menjahit,makin banyak yang aku tahu.kebetulan mak aku pon tulang jahit.So, dia memang
sokong la hobi aku. Apa saja aku jahit mesti mama ada sebelah. Mama tengok2. Mama bagi tunjuk ajar...

Benda pertama yang aku jahit dulu sling bag.Sling bag tu corak petak biru mcm baju knak2 tabika. Then,aku hiaskan dengan iron sticker POOH. Sejak tu banyak sling bag yang aku jahit. Bila dah form 3, aku up sikit! hehhehe..aku jahit langsir. Alaaa.. tak yah la terkejut! aku jahit langsir untuk bilik aku ja. Masa tuh aku pilih kain warna kegemaran aku BIRU, corak bunga daisy putih!Ouh...sampai sekarang aku simpan langsir tu.langsir tu aku jahit simple ja(^__^)

Haa..lepas tu aku up banyak, masa tengah tgu result SPM.Aku jahit beg duit syiling & beg. Masa tu aku dah ada customers. best3(^___^)Haa..bila dah ada customers,aku pon menjahit mengikut permintaan. Ada yang nak beg tangan, ada yang nak beg untuk ke kelas Quran, ada
yang nak beg untuk ke tabika. ada yang nak beg nak bawak pergi klinik. Hmm..macam2 la. Walaupun penat menjahit,tapi best sebab aku buat apa yang aku suka setiap hari, plus dapat duit lagi tuh!

Sekarang ni aku sedang angau dengan benda comel2 dari kain felt. Teringin sangat nak buat.Benda ni simple ja nak bua, cuma nak cari kain felt ni lah... Ops.. boleh jugak kalau kita nak guna kain ala2 kulit tuh.hee.. tak ingat pulak nama kain tuh(T___T)
kat manalah aku nak cari kain felt nih?kalau kat blog banyak ja org jual.tapi aku nak beli kat kdai trus.boleh tengok depan mata

comel comel comel...


geram tengok!!!

2 comments:

naz said...

kawan i ada buat benda2 ni :) leceh tapi hati puas :)

myezatul aQma said...

yup..memang la leceh..tp rasa puas sgt bila tgok hasil